Bahagia Yang Sederhana.

 Lagi beberapa hari untuk kita tamatkan cerita tahun ini. Banyak suka duka, pahit manis bahagia dan perit aku lalui sepanjang tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Banyak yang tersimpan dan banyak juga yang terpendam dari meluahkan. Setiap kata-kata tak dapat lagi disusun cantik seperti waktu-waktu dulu. Tapi banyak juga pengajaran yang aku belajar untuk terus jadi menusia yang baik-baik.

Tahun ini adalah tahun yang penuh cabaran dan penuh dengan liku-liku kehidupan. mengakhiri kehidupan yang penuh dugaan bersama seseorang yang bergelar suami dan 2 orang anak lelaki sudah cukup melengkapkan. Hidup sudah menjadi semakin matang, sudah tahu memilih apa yang terbaik untuk kehidupan hari ini dan hari akan datang. Sudah faham dan sudah lebih terbuka hati untuk menerima apa juga takdir yang allah sudah takdirkan, dalam erti kata REDHA.

Tiada apa lagi yang kami impikan selain membahagiakan kehidupan kami sendiri. Anak-anak semakin besar, semakin kenal kehidupan sebenar, aku dan suami berusaha sehabis baik, mencari rezeki untuk anak-anak kami, supaya menjalani kehidupan lebih baik dari kehidupan yang lepas. Alhamdulillah, benar apa yang dikatakan, carilah pasangan yang sekufu. Yang setaraf dari segi apa pun. Alhamdulillah, untuk segala rezeki dan jodoh ini ya allah.

Lapang dada bila kehidupan lebih 'privacy' dari sebelumnya. Bahagia yang hanya kami sahaja rasakan. Tiada lagi hasad dengki manusia. Yang tak pernah puas mencari silap manusia lain, yang tak pernah ikhlas menerima takdir sendiri, yang tak pernah bersyukur dengan rezeki tuhan. Yang suka membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain. Sudah, kami sudah cukup bahagia.


Terima kasih tuhan.

0 comments