Semalam aku belajar satu benda. Jangan terlalu menganalisis perkara yang lepas dan jangan terlalu memikir sebarang kemungkinan akan datang. kau hanya perlu nikmati segala moment yang allah sedang bagi kau nikmati sekarang. merancang dan menjayakannya adalah kerja tuhan.
ingat tu, itu semua kerja tuhan. kau hanya perlu lebih usaha untuk buktikan pada allah yang kau sungguh mahukannya dan ingat juga satu perkara jika allah tidak izinkan apa yang kau mahu sangat itu adalah sebab allah sedang menjauhkan kau pada sesuatu yang memudaratkan diri kau.
Hari ini aku bangun dengan satu rasa. berhenti untuk terlalu mencintai dan bercintalah dengan bersederhana sebab terlalu cinta itu lebih menyakitkan walau kadang membahagiakan. melepaskan itu perit, perlu masa yang lebih sedikit. tidak boleh terus pergi tanpa jawapan yang betul-betul pasti. jadinya sangat perlu lebih masa untuk lebih memahami, untuk lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Hari ini tenang. Tak seperti hari-hari yang tegang semalam dan sebelumnya. Bila mana aku bangun subuh tadi dengan satu rasa yang allah jentikkan hati. Hilangkan penat semalam dan sakit yang sebelumnya, dengan ketenangan yang allah bagi hari ini dan terus nikmatinya tanpa rasa ragu walau secebis pun.
Hari ini seperti aku yang baru. So, i present to you the new me.
terima kasih tuhan.
Percaya dengan setiap ketentuan allah dan allah adalah sebaik-baik perancang. Yakin dengan setiap ujian dan yakin dengan setiap apa yang allah dah aturkan. allah takkan uji seseorang hamba itu melebihi kemampuan hamba-Nya. Belajar untuk lebih redha dan ikhlas menerima apa jua ujian yang mendatang. Sentiasa bersangka baik dan jangan sesekali bersangka buruk dengan setiap ujian yang allah beri. Inshaallah, hikmah yang lebih baik yang akan allah kurniakan. Semoga terus kuat dan kuat dalam apa jua ujian yang mendatang.
Terima kasih tuhan, amin ya rabb :)