dulu susuk tubuh seksi kau
dipandang penuh nafsu berahi
dipandang tanpa segan silu
jijik rasanya waktu dulu
hati kau yang telah hitam
seperti tiada ruang keinsafan
dipenuhi dosa silam
sekarang tubuh kau ditutupi dengan sempurna
dipandang penuh penghormatan
dipandang dengan keikhlasan
kau yang dimaksudkan aku..
terima kasih tuhan sedarkan aku
tentang betapa jauhnya langkah kaki ini menyimpang
semakin jauh sesat hilang entah kemana
semakin aku buntu dalam menakluk dunia
jika hadirnya dia sebagai petunjuk hidayahmu
aku terima dengan dengan hati terbuka
jika hadirnya sebagai kifarah atas dosa lalu
aku terima dengan redha dan pasrah
dalam terlalu mengejar apa yang aku impikan
masih ada orang yang memimpin aku
membawa pulang kejalanmu
mengingatkan aku tentang jahatnya masa lalu
mengajar aku tentang bersyukur atas segala nikmat mu
ampunkan aku tuhan
dari sekecil dosa kuman
sehingga sebesar dosa hambamu yang lemah longlai..
kalau boleh aku kunci kan
semua kisah lapuk berhabuk
dalam peti besi itu
biar kunci aku campak ke dasar laut
biar tenggelam dibalik lumpur
biar hilang
hilang terus
biar peti besi jadi besi
biar semua kisah tidak diungkit lagi
biar terkubur begitu
biar kisah itu mati
mati terus
hidup kadang complicated. kadang aku pun rasa diri aku complicated. eh tak, kawan baik kata aku tak complicated cuma predictable katanya. hidup pun kadang predictable jugak. susah nak diramalkan kadang.
banyak yang susah sebenarnya dalam hidup aku. banyak nak mampos. benda yang orang fikir cuma ada dalam drama-drama bangang di kaca tv. tapi kena kuat. kuat sehabis mungkin. sampai tinggal titisan keringat terakhir pun aku masih perlu berjuang untuk bernafas. berjuang untuk hadap setiap kesusahan aku.
orang kata ukur baju dibadan sendiri. aku sendiri yang nak pakai? kenapa perlu ukur dibadan orang? biar renyuk teruk, biar fesyen tu tidak lagi diguna pakai. berabad zaman punya baju. ukurlah, pakailah di badan sendiri. baru aku tahu erti menghargai.
aku jenis bukan yang punya ramai kawan. boleh dikira pakai 10 jari runcing ni. bukan memilih. entah. kadang orang salah tafsir. jenis aku kalau rasa kau nak kawan, terima buruk baik aku. bukan hati tisu nak aku jaga hati kau sebaik mungkin. habis hati aku? walau kadang keras aku macam batu. tapi still bole tolerate. walau aku kadang jenis tak kisah, terima apa saja tapi tak bermakna aku bodoh. lebih kepada menjaga relation.
aku pernah dilabel bukan perempuan baik-baik. aku tak pernah kisah apa mereka kata malah tak pernah tanya kenapa. ah manusia. tak pernah puas hati dengan orang sekeliling dia. masing-masing bersaing siapa lebih baik. aku tak pernah minta orang pandang aku perempuan yang baik-baik.
biarkan mereka berebutkan label itu. kalau semua mahu jadi perempuan baik-baik, siapa mahu jadi perempuan yang bukan baik-baik? aku lah !
hidup cuma ada dua pilihan. dipilih atau memilih. dipilih itu takdir. dah memang ditakdirkan jalan hidup kau. redha dan menerima. memilih itu keputusan apa yang kau mahu dalam hidup. dan lihat di penghujungnya. apa yang kau pilih itu baik atau teruk.
kau dan siapa saja punya hak. hak untuk menilai baik buruk aku. perempuan yang baik kah? perempuan yang jahatkah? terpulang. tapi sebelum kau teruskan menilai diri aku, ambil cermin lihat muka kau dalam-dalam. sampai ke hujung lubang pori. baikkah kau? atau burukkah? atau lebih teruk?
baik buruk aku hanya aku dan mereka yang sentiasa bersama melihat jatuh bangun aku sahaja yang tahu.